Bukan aku tidak mahu pergi
Tapi hati kecil berkata
Nanti..Nanti...
Lantas kuturuti nafsu diri ini
Bukan aku tidak mahu pergi
Tapi hati kecil membisikkan
Sekali engkau pergi
Engkau terpaksa pergi setiap hari
Mampukah engkau nanti
Lalu ku tangguh lagi hasrat murni ini
Bukan aku enggan pergi
Malah aku berazam setiap masa
Tetapi entah kenapa
Azamku hanya di suara
Tidak sampai kepada anggota
Bukan aku enggan pergi
Bahkan bercita-cita setiap hari
Tapi entah bagaimana
Cita-citaku hanya kala kesunyian
Bukan ketika di kelilingi kawan-kawan
Mampukah agaknya
Alasan-alasan ini menyelamatkanku
Kala aku ditanya
Pada suatu ketika
Di mana aku menghabiskan masa muda?
0 ulasan:
Catat Ulasan