Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Jom Teroka

Isnin, 12 April 2010

Ana buat blog ni untuk mengisi masa lapang ana. Sementara tunggu tawaran belajar ni, ana nak elak dari terus lagho main game di facebook yang terlalu banyak tu. Ana ni seorang hamba ALLAH yang jenis tak boleh tengok ada game baru, terus akan klik PLAY. perkara pertama yang ana akan buat apabila buka facebook ana pasti akan check ikan lapar tak?,pokok tumbuh tak?,makanan dah serve ke belum?,dah cuci bekas makanan kucing? itu semua game!! saya telah buang 'emas' yang dikurniakan oleh ALLAH begitu saja untuk semua tu semata-mata.ASTAGHFIRULLAH.

Ana nak menggunakan blog ini untuk menambahkan lagi ilmu ana. Saja je ana isi tajuk blog ana "Berhias Dengan Ilmu" supaya ana lebih terdorong untuk mencari sebarang jenis apa pun fakta-fakta, apa-apa tentang syariah juga isu-isu yang boleh menambahkan pengajaran serta pengalaman dalam hidup kita. Selain itu, boleh berkongsi dengan saudara-saudara seislam ana yang lain. INSYAALLAH.

Dengan penuh berharap blog ini dapat memberi manfaat kepada setiap pembacanya.


0 ulasan: