Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Jom Teroka

Jumaat, 23 April 2010

Hukum Menangis Ketika Solat Dan Membaca Al-Quran

Assalamualaikum Warahmatullah.

Dibolehkan menangis ketika solat kerana takutkan Allah Taala dan nerakaNya dll. Abdullah bin Syikir katanya bermaksud:
Aku melihat Rasulullah S.A.W. mendirikan solat sambil baginda teresak-esak bagaikan dadanya terdapat air mendidih di dalam cerek.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasaei dan Tarmizi).

Firman Allah Taala bermaksud:
Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.
(Surah Maryam: Ayat 58).

Namun para ulama telah mengigatkan bahawa menangis ketika solat adalah dibolehkan namun jangan sampai boleh mengeluarkan suara dan perkataan tertentu. Jika perkataan yang keluar ketika solat bukanlah perkataan yang sepatutnya maka batallah solat tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Solat ini tidak boleh dimasuki oleh apa-apa daripada percakapan manusia. Ia hanyalah tasbih dan takbir dan bacaan al-Quran.
(Riwayat Muslim).

Selain itu juga, disunatkan menangis ketika membaca al-Quran al-Karim. Ini akan menambahkan rasa khusyuk dan perasaan takutkan azab Allah Taala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Bacalah al-Quran serta menangis. Jika tidak menangis seberapa boleh menangislah.
(Riwayat Bukahri dan Muslim).

Boleh juga rujuk di sini:

0 ulasan: